Saturday, 11 July 2015

NO CAPTION

Assalamualaikum and haluu. 
Amacam posa? ok dak?? 

Aku semakin jarang nak update dah sekarang. busy? hari tu laa.. sekarang dah free.. huaaa.. 

Bulan omputeh bulan July. 2 JULY hari  tu befday aku lerr... alhamdulillah dah 23 tahun umoq aku. besaq dah weyy. Mak aku kata ni kalo kawin dah boley ada anak, tapi aku dok bawah ketiak mak ayah lagi.. huhuuu.. tapi ye la, dah depa je yang aku caya nak citer2 nak dengaq mulut aku potpetpotpet. Aku tengok orang sebaya aku mula dah dok kawin. Best je dah mula hidup berkeluarga. wowwww... seronoknyer. 
..
peneman aku (bilik rumah sewa)

aku pon tak taw apa future aku. Tapi mesti la aku harap yang terbaik. betui dakkk. 

Haaa.. siang sat tadi pon result sem 5 aku kuaq. Syukur alhamdulillah segala usaha berhasil dan berbaloi. Walau pun masa tu aku dok hadap satu situasi yang menyeksakan. Tapi dengan bantuan kawan bilik dengan kawan rumah aku yang banyak tolong untuk study segalanya dapat aku atasi. terima kasih wey hangpa tolong cek nohh.


Btw, aku rasa belum lambat kot aku nak habaq kat hangpa selamat berposa. dan selamat sambut raya. Jaga diri keselamatan semua. 
ingat orang tersayang
Jom la tidoq, satgi nak bangkit makan soq (sahur)
SEE U NEXT ENTRY.
WASSALAM. :]

Monday, 8 June 2015

Percayakah lagi kamu?

Assalamualaikum wbt dan selamat ber final exam. huaaa.

Lepak2 blogwalking kejap... Lamanya tak update... Dah minggu final dah pon.. 

Haaaa.... Ni aku nak tanya, pernah tak alami ni..--------->????
Pernahkah ada berlaku salah faham antara anda dan si dia?
---Haaaa... Pernah la tu... ----

Ohhh,... I’m not doctor cinta untuk tolong anda. 
But I wanna to share this entry with you ollllssssssz..

Sukar untuk kembalikan kepercayaan.
Ya. Benar. Walaupun apa yang terjadi itu bukan daripada diri anda atau
disebabkan salah faham, tetapi jika berdepan dengan individu paranoid 
tentu sekali amat sukar untuk pulihkan keadaan. 

Mungkin sampai hampir putus asa setelah segala penjelasan diberi,
namun si dia tetap tidak menerima. Sehingga tidak tahu cara bagaimana
untuk si dia menerima alasan serta penjelasan dan jalan yang dipilih 
adalah berserah. 



Kalo rasa down jangan follow layan perasaan tu. Tapi cakap pada diri 
perkara yang positif.
Nak contoh ke???
Macam ni,..
  •  (nama anda), senyum... Jangan tunjuk sangat yang kau tu lemah sangat.
  •  (nama anda), mungkin ada yang lebih baik.
  •  (nama anda), everything okey. Smile. Ya... I’m okey.
  •  (nama anda), you have Allah that know everything about you.
  •       Positifkan diri.


Haaa... Kalo korang ada cara untuk dapatkan semula kepercayaan tu 
share2 la sikit.. Komen kat bawah tu naaa... Nanti boley la rujuk2 
cara korang tu... 

Okey la nohh... Sampai sini dulu.. 
Sekian, Wassalam.

Sunday, 26 October 2014

Road Tour To PERAK

Assalamualaikum wbt

hi readers... sihat ka?
Aku nak share cerita ni. Tajuk "berasigment" sambil jalan2. Al-kisahnya berbunyi begini...
Kiteorang dapat tugasan untuk bentang pasal kesihatan. So, tajuk yang dipilih pasal penyakit kronik. Subjek nyer ada kat Batu Gajah Perak. Kiteorang pegi la jumpe subjek. OTW balik Tanjung Malim tu, singgah2 la dulu tempat2 ni.. 

Bak kata cikgu sejarah aku sesuatu cerita tu tak semestinya kena ada ayat panjang2 orang kena baca. Tapi biar gambar yang bercerita. So, aku share la sikit gambaq2 tu.. 















Kami pergi 5orang. 
Aku, Mumu, Kina, Apih, Adi.

sekian. 


"JAUH BERJALAN LUAS PERMANDANGAN"

Sunday, 18 May 2014

Dugaan & Ujian

Assalamualaikum wbt



"......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yg diberikan Allah kepadanya..."
(at-Thalaq : ayat 7)


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di sebalik satu rahsia...
Dan setiap perbuatan ada balasan...Dosa dan Pahala...
Didunia mungkin tiada saksi....tetapi di Padang Masyhar seluruh
anggota badan yg akan mengaku setiap perbuatan...

Jika datangnya sesuatu berita dan kita dan kita dapat menyelidik perkara tersebut benar atau salah,
kita perlu menyelidiknya dan menyatakan kebenaran. Dan jika kita tidak mampu, maka wajib bagi kita 
berdiam diri.

Allah Maha Mengetahui di atas setiap sesuatu yang terjadi. Bila kita di fitnah, dilemparkan dengan tuduhan dan cerita, dibuka aib oleh mereka yang tidak senang dengan kita, maka bersabarlah. Jika yang terbaik adalah berdiam diri maka lakukanlah sedemikian. Berdoalah pada Allah agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan mereka yang berniat jahat ke atas kita.

Semoga mereka yang melakukan sedemikian ke atas diri orang lain akan sedar perbuatan mereka sebelum tertutupnya mata. 

Wassalam. :)

*perkongsian untuk diri sendiri dan sahabat :)

Saturday, 29 March 2014

"Mandi-Manda"

Assalamualaikum w.b.t
Haluuu... sihat dak? 

Satu cerita bermula apabila ketiadaan air melanda. Apa yang berlaku???
Nila cerita nya... =)














Walaupon kejap je, tapi tetap riuh. Balik je sume letih & tidoq awal.

Lokasi : Kalumpang Hulu Bernam Selangor
Masa : Sebelah Petang

COPYRIGHT by HusnaIsmail