Saturday, 25 March 2017

Majlis Doa Selamat Keluarga

Assalamualaikum


Bila cuti sekolah tiba masa tu laa macam-macam jemputan kita dapat. Kenduri kawin, doa selamat, tahlil, kenduri akikah, dan macam-macam lagi laaa... turut tak lepas peluang family sis yang tercinta turut mengundang saudara terdekat serta jiran-jiran untuk hadir ke majlis doa selamat kami. 

18 Mac 2017 (hari sabtu) bersamaan 19 Jamadil Akhir 1438. Jam 2.15 petang undangan bermula dengan bacaan doa dan kemudian tetamu menjamah hidangan yang tersedia. 

Antara menu : nasi putih , nasi minyak, kurma kambing, kari daging, ayam goreng berempah, air asam, sambal belacan, ulam-ulaman, buah tembikai, sirap pandan, air mineral, kuih lapis 3 warna, popia pedas dan ais krim calit. 

Meh sis share sikit cerita hari tu...

Doorgift untuk tetamu. 
Doorgift ni pon order online semua dah tersedia. Tinggal nak serahkan pada tetamu yang hadir. 


Bacaan doa

Selamat menjamu selera

Adikku yang senget selalu masuk air. 



Pak cik ais krim



Semua menu ni order. katering je. 


Majlis tamat jam 6.00 petang. Syukur Alhamdulillah. Semua berjalan lancar.


πŸ‘€ Thank you for reading πŸ‘€

Sunday, 5 March 2017

Dilema Pilih Program, Adik Nak Masuk U πŸ™‡

😊 Assalamualaikum 😊

Entry ni sangat sesuai untuk adik-adik lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrik dan yang seangkatan dengannya... Semua yang mengimpikan untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi akan alami dilema nak pilih universiti dan program pengajian. Kena pulak yang dipilih tu memang minat si anak or minat ibu ayah yang nak anak tu sambung. Apa pun meh kita tengok sikit tips yang hakak nak share ni...


πŸ“Œ 
Paling penting program yang adik pilih tu layak dengan keputusan exam. (Lepas syarat laa)
Ingat, bukan cari kos or univertisi yang popular semata-mata. (Tengok kesesuaian diri adik dekat       mana)
Perlu minat dalam diri untuk belajar. (Bukan sebab ikut bf/gf pulak ) 😏😏😏
Minta pandangan guru, ibu ayah, abang akak... 
Lihat juga peluang (keperluan dan kehendak) negara masa kini. 

Kalau nak banyak tips lagi tanya ok... πŸ˜‰

Untuk adik-adik yang tak dapat masuk U untuk 1st intake or takde rezeki nak sambung belajar jangan putus asa. Usaha dan cari yang lain sebab peluang hari ni banyak. 

Belajar tinggi ke menara gading belum menjanjikan hidup kita lebih mewah tetapi ianya sebagai satu jalan untuk kita memperoleh ilmu dan membina kekayaan. 

❤ All the best adik-adik.

Panduan permohonan UPU klik >MOHON UPU<

πŸ‘€Thank you for readingπŸ‘€
COPYRIGHT by HusnaIsmail