Friday, 18 September 2015

WAHAI Muslimah Bertudung Labuh

Assalamualaikum w.b.t.


Sebelum tu aku dengan rasa rendah diri seikhlas hati ingin memohon maaf andai ada yang terasa tentang apa yang dikogsikan. 


Muslimah.. labuhnya tudungmu menutupi dari atas kepala hingga tertutupnya anggota dada dan tengah badanmu. Alhamdulillah.
 Indahnya rupamu terlihat sejuknya pandangan seorang bergelar muslim.Subhanallah.
Tapi awas... ada pula antara kamu yang berupa-rupa begitu bukan untuk menutupi dirimu, kerana apa?? hanya dirimu yang tahu. 


Aku juga seorang perempuan. Aku juga mempunyai ahli keluarga bertudung labuh. wahai muslimah bertudung labuh, sejujurnya aku sangat kagum dengan kalian. 

Tapi, sebaliknya sedih bila mendengar perkongsian dan kata-kata dari public bila adanya muslimah bertudung labuh tidak menunjukkan peribadi mulia seperti penampilanmu. Apa yang kau lakukan?
kau meninggikan suara untuk berkata-kata yang tidak membawa faedah, kau masih menunding jari kepada orang, kau menilai orang lain lebih rendah dari kau kerana tidak berpenampilan seperti kau,  kau mempamerkan imej diri sekasar-kasar lelaki walau telah penampilanmu sebaik-baik muslimah sejati. Kerana terdapatnya golongan-golongan kau, maka ramai yang lain yang tidak berperangai seperti kau juga menerima tempias dari itu.

Bila mana aku terdengar kata-kata sebegini aku sendiri menjadi tidak selesa walaupun aku masih lagi belum bertudung labuh. kerana apa aku marah dengan kata-kata begini? jawapannya, aku juga seorang perempuan yang mempunyai detik dalam hati kecil ku untuk menutupi diriku begitu. jawapannya kerana aku juga mempunyai ahli keluarga bertudung labuh. 

Wahai kau yang bertudung labuh, jagalah akhlak mu supaya orang tidak memandang negatif kepada orang lain yang bertudung labuh yang niatnya kerana Allah yang sentiasa menjaga budi pekerti dan akhlak mereka.

Hope this entry can give you meaning about pentingnya menjaga adab bagi yang bertudung labuh kerana kamu membawa satu identiti dan imej yang mulia. Jadi jagalah ia. Lakukanlah kerana Allah. Jagalah tutur katamu, bahasamu,. Semoga kamu dapat menjadi penarik untuk orang lain turut berpakaian mulia seperti kamu.


Ajarlah kami sesuatu yang baik dari kamu yang baik-baik, semoga ia dapat memberi faedah dan perkara yang baik-baik untuk semua menjadi baik. 

Andai ada tersalah dan kepada yang terasa aku sekali lagi memohon maaf. 
Sekadar perkongsian yang wajar untuk dikongsi dan semoga ia dapat dimurnikan dari teguran dan komen kalian. 
COPYRIGHT by HusnaIsmail