Saturday, 16 February 2013

16th February

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt

 ALLAH selamatkan kamu, 
ALLAH selamatkan kamu, 
ALLAH selamatkan ROSNAH YAHYA,
 ALLAH selamatkan kamu.

 Hari ni genap 51 tahun umur emak kesayangan aku. Puan Rosnah binti Yahya. Happy birthday mak. =) Love you. Semoga panjang umur, murah rezeki, di beri kesihatan yang baik, dan bahagia bersama keluarga yang tersayang. 
Terima kasih mak sebab jadi ibu yang terbaik dalam dunia ni,  'The Best In The World' . Emak sentiasa faham anak-anak mak, tak pernah memaksa, terima kasih mak. :-)
Una tak dapat nak kasi mak hadiah yang mahal-mahal. Tapi Una akan jadi anak yang terbaik buat mak. Anak yang sentiasa mendoakan ibunya, anak yang akan memberi kegembiraan untuk mak. 
Terima kasih mak sebab sentiasa beri Una peluang bila Una ada buat silap. Mak tak pernah hukum Una. Una sayang mak sangat-sangat. Muahhh.

with my mum
 HAPPY BIRTHDAY TO EMAK

Wednesday, 6 February 2013

AMALAN SIHAT YANG SALAH

Assalamualaikum wbt. :) 
Apa citer korang? sihat? Harap-harap korang sihat la. =) Jom baca entri ni sampai habis sebab dalam ni ada info sihat. Hahaaa.. 'INFO SIHAT'
Korang sedar tak yang ramai orang nak sihat, nak cantik tapi apa yang dorang amalkan tu tak betul. 'Kononnya' nak diet, tapi hampeh tak de perubahan pon. Amal cara hidup sihat konon, tapi salah. Haa... sebab tu la aku nak kongsi dengan korang semua pasal AMALAN SIHAT YANG SALAH. Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa amalan sihat yang salah? Apa maksudnya tu?
Jom terus baca... aku cuma nak kongsi 5 perkara je. Taknak banyak-banyak. Sebab 5 perkara ni, yang orang selalu buat. Tapi apa yang di amalkan tu salah.

Berikut adalah beberapa amalan yang dikatakan salah :

1- Menghindari matahari.
Tubuh memerlukan vitamin D untuk membuat tulang agar tetap sihat dan mencegah penyakit dengan meningkatkan daya tahan atau kekebalan tubuh kita. So, tak perlulah takut dengan cahaya matahari sebelum pukul 10 pagi. Jangan pulak, nak kan cahaya matahari korang berjemur bawah panas terik pukul 12.00 tengahari pulak. Tu dah salah. Ingat dalam lingkungan 8.00-10.00 pagi. 

2-Menggunakan sabun antibakteria
Sabun dan gel antibakteria memang praktikal untuk dibawa dalam beg atau kenderaan. Namun kepada pengguna, jangan terlalu taksub dengan sanitasi kerana ia boleh melemahkan kemampuan tubuh untuk melawan bakteria. Apa yang perlu anda lakukan hanya dengan mencuci tangan dengan air hangat/suam dan sabun selama 15-20 saat kerana mampu untuk melindungi anda daripada kuman.

3-Bergantung pada penghawa dingin
Setelah keluar berpanas di luar rumah, pastinya lebih selesa dan tenang bila dapat berehat di  ruang atau tempat yang mempunyai penyaman udara. Tapi jangan duduk seharian di ruang tersebut kerana ruang berhawa dingin mengandungi bakteria dan kuman dan pastinya mengandungi semua jenis partikel debu. Jadi, setiap jam cubalah matikan penghawa dingin anda dan buka tingkap untuk dapat udara semulajadi. Jika anda bekerja di pejabat, bawa bersama 'baju hangat' untuk menjaga suhu tubuh ketika keluar dari pejabat. Selain itu, anda yang sentiasa di dalam tempat atau ruang berhawa dingin, anda perlu minum banyak air korang atau air putih bagi menjaga kesempurnaan kulit anda.

4- Makan makanan organik
Makanan organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran memang mahal. Namun, makanan ini sebenarnya juga belum benar-benar masak. Jika anda ingin mengamalkan pemakanan organik anda harus tahu cara yang betul. Bukan main tibal je.. Lebih baik anda memilih makanan buah-buahan sederhana seperti rendah gula. natrium dan karbohidrat olahan.

5-Olahraga berlebihan
Tubuh dan fikiran tidak memerlukan lebih daripada 3-4 kali latihan kardioselama 30 hingga 45 minit.Apa yang anda perlukan hanyalah olahraga versi santai, ringan, dan menyenangkan seperti aerobik, golf dan lain-lain. Yang penting dilakukan dengan cara yang betul. 

Ok. Cukup la 5 perkara mengenai amalan sihat yang salah sudah pon aku jelaskan kat korang.


 
COPYRIGHT by HusnaIsmail