Thursday, 31 January 2013

Happy Birthday Ayah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

31 Januari 2013, genap la 58 tahun usia seorang lelaki bergelar anak kepada Hajah Sufiah binti Yunus, suami kepada seorang wanita bernama Rosnah binti Yahya, serta seorang ayah kepada tiga orang puteri bernama Noraini Ismail, Nur Husna Ismail dan Nur Anis Ismail. 
Happy birthday ayah. =)
semoga ayah di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di kurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia bersama ibu, isteri dan anak-anak ayah. 
Ayah, terima kasih kerana jadi bapa terbaik di dunia ni. Tak kan pernah ada pengganti ayah. Ayah bukan sahaja seorang bapa tetapi ayah juga seorang kawan kepada anak-anak ayah. Ayah sabar je layan kerenah anak-anak ayah, tak mengeluh walaupon penat. Tak merungut walaupon payah. Ayah sabar dan kuat dalam mendidik dan menjaga anak-anak ayah. TERIMA KASIH AYAH. 
Tak dapat nak balas segala yang telah ayah beri untuk anak-anak ayah. Sekadar doa, berusaha untuk jadi anak yang solehah yang mampu anak-anak ayah berikan. Tak terbalas segala pengorbanan ayah buat kami. Tapi anak-anak ayah akan berusaha untuk jadi yang terbaik dan mampu buat ayah happy. 
TERIMA KASIH AYAH.
                Happy Birthday Ayah 

Saturday, 26 January 2013

FOBIA part ii

Assalamualaikum wbt and hi to beautiful, handsome, cute and...apa- la..
Korang ada baca tak entri pasal fobia. Hari ni aku nak sambung lagi entri fobia bahagian ii. Ada yang beri komen, fobia binatang berbulu, fobia ular, fobia duit, dan fobia nak kawin pon ada. huhuu... macam-macam korang ye.
Apa yang aku nak share dengan korang ni adalah apa yang aku nak buat untuk diri aku  yang fobia dengan kumbang dan yang seangkatan dengannya. Ada cara taw untuk kita hilangkan fobia atau rasa takut yang terlampau tu.
Tapi apa yang di buat ni mestilah percaya dan yakin pada diri sendiri. Taw kenapa?
Sebabnya, masalah fobia ni adalah masalah mind set kita sebenarnya. Dah setting takut, takutla jawabnya. Kalau berani, maka beranila jawabnya. 
Lepas tu, kita perlu berdepan dengan perasaan takut tu. Berani untuk hadapi apa yang kita takut tu. Contoh, kalau anda seorang yang takut pada ketinggian, cuba hadapi situasi di mana anda berada di tempat yang tinggi. Tapi perlu ada pengawasan daripada orang lain la.. Nanti benda lain pulak yang jadi. Haa,..kalau Sky Breach KLCC sesuai juga untuk korang pergi. Selamat. DI JAMIN. 
Kalau masih belum dapat hilangkan penyakit fobia korang tu, aku nasihatkan korang pergi dapatkan rawatan pakar dengan bantuan Hipnoterapi. 
InsyaAllah. Tiada penyakit yang tiada ubatnya.

                                    Believe Yourself

Saturday, 19 January 2013

FOBIA part l

Assalamualaikum semua .
Salam pagi sabtu. Kenapa pagi sabtu? sebab entri ni aku tulis pagi-pagi pada hari sabtu. heheehhee
Apa yang aku nak share bukan apa sangat, tapi jom la baca samapai habis dah alang-alang singgah sini.
Korang pernah dengar pasal fobia? Mesti la pernah betul tak?.
Sebelum tu, fobia adalah rasa takut yang berlebihan terhadap sesuatu hal atau fenomena.
Korang pon mesti ada masalah fobia kan? Haa,.. tipu la kalau tak de. Dah nama pun manusia. Tapi kalau betul korang tak de masalah fobia atau korang tahu macam mana nak handle benda ni share la dengan aku. Sebabnya, aku ni tak boleh dengan binatang yang terbang-terbang kecuali nyamuk, lalat dan jenis serangga yang tak bahaya la. Senang cakap aku takut binatang macam lipas, kumbang, dan yang seangkatan dengannya la. Aku sangat-sangat takut sampai boleh nangis teruk kalau orang bagi aku binatang tu. 
Aku tak kan pernah lupa la satu peristiwa ni masa kat rumah opah, malam raya, bila semua family berkumpul. Masa tu umur aku 11 tahun. Umur 11 tahun memang budak-budak lagi la. Malam raya tu dah macam berpesta. Masa tu la sepupu aku boleh kenakan aku dengan seekor riang-riang. Korang tahu tak riang-riang tu apa? 
oK aku bukan nak cakap pasal citer malam raya tu panjang-panjang, tapi aku nak tahu apa itu fobia. Ada tak ubat untuk 'penyakit fobia'?
 Orang kata fobia tu sebenarnya mind set je. Betul ke?
Ada orang takut tinggi (acrophobia) , takut gelap (Achluophobia) , takut ular  (Ophidiophobia)  dan ada lagi la jenis-jenis takut atau fobia lain. 
Pendapat aku, mungkin betul semua ni mind set je. Dan kita perlu untuk tangani semua rasa fobia yang kita ada. Tapi terfikir juga aku, sama ada kita perlu jauhkan diri dari benda yang kita fobia tu atau kita perlu paksa diri kita untuk bendepan dengan semua tu? Ha,.. soalan ni pakar je boleh jawab. =) 
So, korang kalau ada masalah fobia dan dah jumpa penawarnya jangan la kedekut untuk share dengan aku ye. 
Ok la korang nanti kita sambung lagi enrti fobia part ii . 
'SENYUM SELALU'


 

Sunday, 13 January 2013

Jangan Bekukan Otak

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar korang? sihat tak?
Apa yang aku nak kongsi dengan korang dalam entry ni adalah pasal ilmu.
Kenapa ilmu? Mesti la semua orang tahu yang ilmu tu penting...
Kalau tanya budak tadika pon dorang tahu pasal tu. 
Tapi ni aku nak share pasal web yang boleh bantu kita terutama kepada student universiti yang malas nak buat nota, yang tak dapat nak bagi tumpuan time dalam kelas dan yang ada masalah buat assignment, dan lain-lain la. Sebelum tu aku nak ucap banyak-banyak terima kasih la kat kawan aku ni. Hidayat namanya. Student eko. kat usm. Apa yang aku nak kongsi ni semua dari dia la. 'Dayat, terima kasih' .

Ni la web yang aku cakap tadi :
ok tak? dah buka ke belum.. Kalau belum baik cuba. Sambil-sambil berfb, bertwitter, berbw.. tak salah singgah jap kat web yang aku share tu. Ok la ye, nanti kita sambung lagi... 
Sekian, Wassalam
=)

 
COPYRIGHT by HusnaIsmail