Thursday, 15 August 2013

kenapa malas nak update???

Assalamualaikum wbt. 
Apa habaq semua? sihat la harap nyerr... lama jugak aku tak update apa2 entry. Bukan tak nak update tapi... lappy rosak. Sebelum tu aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri sebab kita masih dalam bulan syawal lg kan.. tak terlambat lagi kan... :)
Tak de la entry raya aku nak share...

Aku nak share pasal lappy aku ni. Tak pernah service 3 taun gune.. heeee =)
kesian lappy aku. Sakit teruk sampai masuk ICU. bedah la repair chipset. Kena RM 360. Aku hantar kat Ai Komputer Taiping. Apa pun terima kasih kat abang yg jadi doktor rawat lappy aku tu. :)

Alhamdulillah. Lappy ni berfungsi semula.

Pesanan :
1- service la lappy anda klo dah rasa lama sgt tu.
2- jangan la guna/on lappy tu lama sangat. *kesian lappy tu panas.
Sayangi apa yang anda miliki
oK... out. see u next entry :) 

Sunday, 28 July 2013

miss 'pra-u smt

Salam Ramadhan. Puasa tak?? Tinggal lagi berapa hari je lagi nak sambut 1 Syawal. Maka berakhirlah ramadhan kite tahun ni. Sedih rasanya na tinggalkan Ramadhan ni. Alhamdulillah kerana dapat sambut ramadhan kali ni dengan keluarga. Tapi teringat juga zaman akuberpuasa dekat asrama dlu. Rindu zaman makan ramai-ramai... sekarang ni kita masing-masing sibuk kejar cita-cita... masing dan sambung belajar kat u. Alhamdullilah .tak kurang juga yang bekerja ... Apa pun sama -sama kita kejar impian kita. Semoga semuanya berjaya. Rindu sangat dekat korang semua. Form 6 SMT IPOH dalam kenangan..

Friday, 28 June 2013

PL dah habis

Assalamualaikum & Salam Ukhawah :)
Hey blogger2,.. readers apa khabar korang? sihat?  Hope sume dalam keadaan yang baik lah hendaknya... *waahhh...

'PENDIDIKAN LUAR' atau orang puteh kata OUTDOOR EDUCATION. 

betul tak??? eja tu betulkan macam tu? huhuuu =D

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menghabiskan Kem Akhir PL ni. Sekali gus tamat jugak la sem 1 aku di UPSI. Terima kasih semua yang terlibat =) . 
Dari kem PL 1 sampai la yg ke3 yg terakhir banyak perkara yang aku belajar, sama ada untuk membentuk diri sendiri mahu pun orang sekeliling. Dari sini jugak aku mula kenal siapa kawan, siapa sahabat, siapa 'musuh'... dan sikap rakan sekeliling.
*waahhh... hebat gtu...

Tak lama lagi result pon akan kua. Tak silap mungkin awal bulan 7. ohhh... july.. 


Hope dapat result yang menyenangkan :) yang boleh bawa aku terus melangkah meneruskan perjuangan untuk semester seterusnya. Kalau dekan tu Alhamdulillah. :) 

-_-

Apa pon aku menanti yang terbaik :) 


Kawan,.. jumpa bulan September t. :) InsyaAllah 



TERIMA KASIH 'PENDIDIKAN LUAR'

Tuesday, 21 May 2013

Team Building (Sport Psychology)

Assalamualaikum and Salam Sejahtera, Salam Perak Aman Jaya.



Salah satu aktiviti yang perlu dijalankan untuk memenuhi kehendak pensyarah. 
Enjoy sebab tak payah duduk memerap dalam kelas dengar lecture membebel heheeπŸ˜•πŸ‘€πŸ‘‚
TEAM BUILDING untuk subjek Aktiviti Fizikal dan Psikologi Sukan.

Biar gambar yang menceritakan segala aktiviti tersebut...




































Thanks for reading 

Friday, 15 March 2013

UNA di UPSI

Assalamualaikum wbt.
Lama jugak aku tak update blog ye. :)
Hari ni aku aktifkan balik diri aku datang jejak blog ni,.. 
Nak share dengan korang pasal aku dan upsi.


Kehidupan yang tak di rancang. Rupanya aku di UPSI dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan).
Alhamdulillah.
Terima kasih jugak mak dan ayah yang tak henti-henti doakan anakmu ini.
Tak dapat una nak balas. Hanya mampu doakan mak dan ayah dan jadi anak yang solehah buat mak dan ayah. :)

Kawan: Mula-mula rasa macam ada yang tak kena. Tak taw nak cakap macam mana. Mungkin semua baru kenal kot. Asal pulak lain-lain tempat. Tapi bila dah seminggu dua minggu sama-sama je... semua dah makin serasi. giler-gilerrr semua kepala... masuk air semuanya... hahahaa... Best.
Apa pun aku kat sini baru lagi. Empat tahun aku kan bersama diorang. Bukan kejap. Bukan jugak lama...








Kina & Seha


Kina & aku (una)

kiri : ida, zaty, una(aku), kina trah (yg nampak separuh)
belakang :asma (baju purple) ,mumu


kina, zaty, su

una (aku), mumu



Dalam hujan... Jungle tracking... hahahaaa... Best... Jungle tracking for the second time... Nak lagi untuk kali ketiga dan seterusnya... heheee =D

mumu, aku (una)


depan : mimi
belakang kiri : zairin, mumu, una (aku), azah 


zety, myra, farah, zaty,zairin,mimi, azah, mumu, una(aku). 


 aku(una), zairin


zaty, una(aku) 


zakwan, fadhil, lah, hafiz




myra, paan, lan (yg separuh tu) 


paan, lah 

Tamat PL taman semester satu. Teruskan perjuangan kita dekat semester dua. #jomcarinamabatch

Saturday, 16 February 2013

16th February

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt

 ALLAH selamatkan kamu, 
ALLAH selamatkan kamu, 
ALLAH selamatkan ROSNAH YAHYA,
 ALLAH selamatkan kamu.

 Hari ni genap 51 tahun umur emak kesayangan aku. Puan Rosnah binti Yahya. Happy birthday mak. =) Love you. Semoga panjang umur, murah rezeki, di beri kesihatan yang baik, dan bahagia bersama keluarga yang tersayang. 
Terima kasih mak sebab jadi ibu yang terbaik dalam dunia ni,  'The Best In The World' . Emak sentiasa faham anak-anak mak, tak pernah memaksa, terima kasih mak. :-)
Una tak dapat nak kasi mak hadiah yang mahal-mahal. Tapi Una akan jadi anak yang terbaik buat mak. Anak yang sentiasa mendoakan ibunya, anak yang akan memberi kegembiraan untuk mak. 
Terima kasih mak sebab sentiasa beri Una peluang bila Una ada buat silap. Mak tak pernah hukum Una. Una sayang mak sangat-sangat. Muahhh.

with my mum
 HAPPY BIRTHDAY TO EMAK

COPYRIGHT by HusnaIsmail