Monday, 31 December 2012

Good Bye 2012

Assalamualaikum wbt
Apa khabar korang?
sihat? Alhamdulillah. Haa,.. ni adalah enrti terakhir aku untuk 2012.
Good bye 2012...
Rasa sekejap je masa berlalu & sekarang dah nak masuk tahun baru, tahun 2013. :)
Tinggal berapa jam je lagi. Dalam tahun 2012 ni macam-macam perkara aku hadapi.
Susah, senang, suka, duka,... macam-macam la. Alhamdulillah sebab aku dapat lalui semua tu dengan tenang. Semua berkat family terutama mak dan ayah, juga kawan rapat aku Nur Hajar Ramli. Tak lupa juga iela yang banyak sokong aku.
2012, juga ajar aku lebih matang berfikir, tahu membezakan yang baik dan tidak, dan telah banyak membentuk diri aku menjadi yang lebih baik. 
Apa yang aku harapkan dalam tahun 2013 ni adalah sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku dapat dalam tahun 2012. InsyaAllah. 

Pengajaran yang aku dapat juga :
'what you give, you will get back'
 Betul tak? Jika yang baik yang kita berikan maka baik la yang kita dapat, begitu la sebaliknya.Maksudnya,...
welcome 2013...
 =)
wasalam

Saturday, 29 December 2012

...Teringat...


 Assalamualaikum wbt.
Hai =) sihat? kalau tak sihat makan ubat dulu taw. 
...teringat... 
Sedar tak sedar dah nak habis pon bulan 12 untuk tahun 2012. Tinggal berapa hari je lagi nak masuk tahun 2013. Sekejap je rasa. Umur pon makin meningkat la. =)
Tak dapat nak di nafikan lagi waktu-waktu macam ni semua student sekolah la antara yang sibuk. Ha... Betul, sibuk dengan persiapan sekolah la. Beg baru, kasut baru, baju baru dan yang penting azam baru.
  Untuk aku pula dah tak de dah semua zaman tu. Aku rindu sangat semua tu. Bila dah habis sekolah dan dah tinggal uniform sekolah, aku dapat rasa yang zaman paling best adalah zaman sekolah. Dari seawal usia lima atau enam tahun mula tadika, samapi la ke pra-u tingkatan 6. Mana tak rindu zaman sekolah. Paling tak dapat lupa masa tingkatan 6 la. Segala suka, duka, senang dah susah lalui bersama. Paling best.
Aku rindu semua member form 6. Hajar, Umi Shahirah, Lala, Ella, Sha, Nina, Rain, Ikhwan, Shahrul, Syakir, Alif, Wani, Najwa, Izzuddin, Kechik dan ramai lagi la. 




Kiri: umi, cha,aja, una(aku), ieka, ella, syu.
*Tak ingat pic ni masa bila. 


Masa dekat SMT Seberang Perai.
kiri: aku (una), wani, aja, najwa.



Selepas majlis 'Watikah Perlantikan'



Ni muka-muka aspura form6. Tapi tak semua la. Ni waktu sehari sebelum exam muet.

Antara aktiviti ko-kurikulum

Gitar tu hak milik Amin. :) Aku & Ma pinjam jap. 

Umi Shahirah & Hajar, kawan yg sentiasa bersama aku dekat sekolah dan asrama.

Revision hari-hari terakhir before STPM
kiri: aku (una), ella,lala, aja, nina.





Sebenarnya banyak lagi pic tapi rasanya ni la antara memori yang best masa aku form 6 dulu. 

Terima kasih cikgu, terima kasih kawan. =)






Monday, 24 December 2012

2 Hari Menyentuh Jiwa, Memberi Keinsafan.

Assalamualaikum wbt.
 Demi Palestin,dari pukul 9.00 hingga 11.00 malam aku depan tv. Buat apa lagi, buka tv Al-Hijrah tengok program Demi Palestin. Program tersebut dibawakan secara langsung dari Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, bertujuan untuk menyuntik kesedaran  orang ramai terhadap kepentingan membela nasib Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel.
Dua jam aku tengok program tu. Sesuatu yang menyentuh perasaan bila para artis bergabung membuat persembahan. Pertama kalinya aku melihat Aflin Sauki (pelawak tanah air) menitiskan air matanya. Mula-mula Aflin naik pentas tengok dia dah lawak. Tapi tak sangka Aflin telah menitiskan air matanya bila membaca puisinya.Sebak jugak aku. Pada aku puisi itu mengisahkan tentang dirinya. Sebak bagi aku.  
Selain tu, ramai artis-artis lain yang turut membuat persembahan antaranya UNIC, Heliza dan ramai lagi. 
Aku memang dah set time untuk follow program ni sampai habis, Alhamdulillah sampai habis la aku depan tv. Program tu memang menyedarkan aku akan penderitaan rakyat Palestin. Aku, tak mampu untuk ke sana sebaliknya hanya mampu berdoa meminta dari Yang Maha Esa untuk saudara di Palestin. Aku sebak, sebak bila ditayangkan visual penderitaan kanak-kanak, wanita, orang tua yang tidak berdosa diperlakukan seperti binatang oleh rejim Zionis. 
Sehari sebelumnya aku sempat tonton Majalah 3 kat TV3. Sama, memaparkan penderitaan rakyat Palestin. Begitu kejam Israel. !!!
Sesuatu yang menyentuh perasaan aku, membuka mata hati aku bila Al-Quran tidak rosak, tidak terbakar dan tidak langsung hancur tak kala dokumen-dokumen yang di tempatkan bersama Al-Quran itu hancur, rosak dan bertaburan. SUBHANALLAH. Juga beberapa bom yang di lemparkan di atas bumi Palestin tidak meletup kerana kuasa Allah. 
 Hati aku sebak bila melihat kecatatan yang mereka alami kerana serangan dari Israel. Tetapi mereka masih boleh tersenyum dan langsung tidak patah semangat untuk terus hidup. Ada pun ibu yang hilang anaknya, anak yang hilang bapanya, tetapi mereka masih kuat demi mempertahankan bumi Palestin, Tanah Air mereka. 
Sama-samalah kita berdoa membantu saudara kita di bumi Palestin. InsyaALLAH. 

Klik kat bawah untuk tengok.
Gaza Diserang 18 NOV 2012 (sumber: youtube)
http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/sejarah-konspirasi-barat-pembentukan.html 



 

Wednesday, 19 December 2012

Nanas Goreng

Assalamualaikum w.b.t

Rasa dah lebih kurang dua minggu tak singgah sini. Entry kosong je... 
Apa khabar? sihat?
Hari ni aku nak buat entry pasal makanan. WAH... sedapnya. 
Ha,... korang pernah tak makan nanas goreng? 
ye,.. nanas di goreng. 
Resepi ni kakak aku yang punya. Resepi ni simple sangat. Bahan-bahan nak guna pon senang dapat. 

Bahan-bahan :
(ni untuk 4/5 orang makan ) 
  • 3 biji bawang merah , nak guna bawang besar pon boleh
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit cili kisar/ cili burung
  • minyak masak  
  • garam 
  • serbuk perasa , tak nak guna pon boleh
  • 1biji nanas yang dipotong kecil, guna setengah pon boleh. Ikut saiz nanas tu la.
   

Cara-cara :
  1.  Panaskan minyak, tumis bawang sehingga kekuningngan. Kemudian masukan cili kisar sedikit,tak perlu banyak. Kalau suka pedas boleh guna cili burung. Ikut cita rasa anda.
  2. Kemudian boleh la di masukan nanas yang telah di potong halus. Lupa nak bagi tahu, nanas yang di gunakan tu nanas yang dah masak, bukan nanas muda.
  3. Tambah pula garam serta serbuk perasa.
  4. Akhir sekali boleh la di hidang.  

*Sorry sebab tak upload gambar untuk menu ni. Tapi ni la resepi orang bujang yang senang nak sedia dan sedap di makan. Untuk sesape yang tak de selera nak makan tu cer cuba ni.=)

Sekian.
                                                                               

Thursday, 6 December 2012

Jom Tengok Entri Jameela

Assalamualaikum wbt.
Pernah tak korang dengar pasal Entri Jameela ?
pernah tengok siaran ni? Ala yang siaran hari Ahad pukul 7.30 malam Astro Oasis 106.
Masuk minggu hari tu 3 kali aku tengok entri jameela ni. Tapi aku tengok pontime siaran ulangan. Best ! Perkataan yang aku boleh cakap. Walaupun siaran tu 30 minit je tapi padat dengan kandungan-kandungan berunsur islam. Sangat la sesuai untuk para remaja macam aku dan korang. =D
Setiap Program ini memaparkan 2 orang hos yang akan berada di pelbagai lokasi menarik yang santai. Isu yang diketengahkan merangkumi  apa sahaja isu semasa yang menarik minat mereka dan juga mampu memperkasakan wanita.

Jadi apa lagi? kepada sesiapa yang belum pernah tengok tu intai-intai la siaran ni. Memang tak kan menyesal. InsyaALLAH,.. ni bagi aku salah satu perkara yang dapat mendekatkan diri kita dengan Islam.

Sekian, Wassalam.

 
COPYRIGHT by HusnaIsmail