Sunday, 21 October 2012

' Gelombang Mengelupas'

Assalamualaikum w.b.t

Tak nak cakap banyak tak nak cerita panjang. 


Kenapa aku tunjuk jari???
Ni nak tanya korang semua ni taw tak apa mengelupas? 
Yes, selalu dikaitkan dengan kulit. Sebenarnya macam ni, tengok tu gambar kat atas. Nak tunjuk yang tapak tangan & jari aku ni dilanda 'gelombang mengelupas'. Tapi tak nampak la pulak. Baru pagi tadi aku perasan. Walaupun tak de rasa sakit tapi rimas. Kenapa ye jadi masalah ni? Korang taw tak?
Adakah sebab penggunaan sabun basuh tak bersesuaian dengan aku?  

Untuk merawat 'gelombang mengelupas' ni aku gunakan ni,.. harap-haraplah berkesan dan dapat pulihkan 'gelombang mengelupas' ni.

Vaseline Total Moisture Aloe Fresh
Mudah-mudahan 'gelombang mengelupas' ni akan sembuh dengan cepat. 
=)

Monday, 15 October 2012

Kanta Lekap... MURAH !

Assalamualaikum
hye readers =D

mesti korang taw kan apa itu kanta lekap???




kanta lekap atau ada yang panggil contact lens, tapi tak kisah la panggil apa pun...
1980-an merupakan pengenalan kepada penggunaan kanta lekap dan dibolehkan penggunaannya kepada mereka yang benar2 layak selepas pemeriksaan di lakukan.

Tapi sekarang ni tak lagi... senang nak dapat dan harga memang murah.
kanta lekap ini juga ada macam2 warna. memang cantik la =D 
tapi yang pastinya kanta tu ori ke tak???
bukan apa, sampai serendah RM 15- RM 25 pon ada di jual. korean style pulak tu... Dah la jualnya dekat 'pasar malam' .

 Yang peliknya ramai pulak yang pergi beli.Ye la harga yang murah & semua mampu beli.  Mesti tak ori. haaaa.. pastiiiii.!!!

Bukan saja ada jual kat pasar malam tapi kedai aksesori wanita pon ada jual harga macam tu.
Macam hari tu aku masuk la kedai ni tak payah la cakap kat mana... nak tengok2 barang la kan,. tiba2 ada sorang akak ni panggil, cakap "dik, ni contact lens pon ada sini, macam2 warna ada". Tapi aku cuma senyum dan cakap sy tak pakai kak...

Apa yang pasti kita beli contact lens tu dorang tak de pon dorang nak check mata kita. Dorang cuma promote pasal kanta tu. Kenapa mesti berlakunya penjualan kanta lekap tiruan ni??? siapa yang salah??? tak de pemantauan ke???

Kepada yang pernah guna, nak guna, nak cuba... what ever la... jangan2...
bahaya taw untuk mata kita. Rosak tisu pada mata ni. tengok di bahagian kornea...






Sangat menakutkan...
Kalau boleh sebelum jadi sesuatu pada mata kita lebih baik jangan guna. Kalau betul2 perlukan kanta lekap ini pergi la tempat yang sepatutnya. Dapatkan pemeriksaan mata dulu dan seterusnya. Kepada yang memakai dengan niat kecantikan untuk khalayak ramai, tak payah pakai. BERDOSA, kerana niat mengubah ciptaan Allah. 

Pesanan... lakukan pemeriksaan sebelum pakai kanta lekap tu. Pastikan kanta lekap yang korang pakai tu betul2 ori dan kerana mengalami masalah rabun bukan suka2 pakai. 

Ok =D 









Monday, 8 October 2012

mak kata...TUNANG tu...

Assalamualaikum wbt.


apa khabar korang?
harap2 sihat la ye. :)

berkenaan adat resam.
haaa... kenapa yea adat resam. Sebenarnya macam ni,.. 
Pasal kita la orang melayu ni kan banyak adat yang nenek moyang kita tinggalkan. Banyak ke? nak je aku tanya tapi apakah daya sebab yang tinggal sekarang cuma opah je. 

sebenarnya macam ni, pasal perkahwinan.
sebelum kahwin atau lebih afdal kita kata di ijab kabul/nikah kan ada benda yang di buat macam merisik, bertunang & mungkin ada lagi kot benda yang aku tak taw. 
yang aku nak citer ni kata mak,... mak kata, anak-anak mak nanti jangan bertunang lama-lama. Kalau paling lama 3 bulan dah. Hahaaa... mak,.. mak,.. 

Lepas tu mak ada kata lagi,.. nanti anak-anak mak tak payah la nak beradat banyak-banyak. Mula-mula, bila dah jumpa jodoh tu bawa je jumpa mak,.. lepas tu suruh dia bawa parents jumpa mak & ayah. Bila dah kenal tu bertunang & kahwin. 

Faham tak? <---mak tanya... 
Ye lah mak, kami dengar cakap mak. Doakan anak-anak mak dapat jodoh dari lelaki yang soleh. InsyaAllah. 
















Friday, 5 October 2012

YES !!! UNA SUKA MEMBACA

Assalamualaikum w.b.t 


Mesti pernah dengar dan mungkin selalu dengarkan 'Jangan Bersedih'. 
sebenarnya nak bagi tahu ni, pasal buka motivasi... 
hahahaa...
kenapa la aku buat entry pasal buku tu...
mesti penah tengok & tahu pasal buku ni kan...
aku sebenarnya dah lama nak beli,... masa mula-mula keluar dulu memang nak sangat beli.
Tapi bila nak beli je tangguh... haaa,.. hari ni aku mesti beli. Pagi tadi saja keluar jap singgah la kedai buku sebab dah lama aku tak pegi,.. selalunya setiap bulan atau dua bulan sekali mesti punya aku masuk kedai buku sebab nak cari benda yang boleh di baca. Aku suka baca 'teen novel'... tapi kali ni....

huhhhh!!! tanpa berfikir panjang aku terus capai buku tu dan beli..Buku apa? Buku La Tahzan Jangan Bersedih. Harga macam biasa je RM 19.90. Isi dalamnya memang padat. Buku ni, adalah buku motivasi islam yang membincangkan tentang usaha menangani sebarang bentuk masalah & kesedihan dalam hidup.

Tak semestinya baca buku tu sebab tengah sedih. TIDAK sama sekali. Tak juga time ada masalah baru nak baca buku ni. TIDAK, TIDAK, TIDAK...
haaa....
Lagi satu buku aku nak cari buku Bercinta Sampai Syurga.
Tahukan???
 memang dah lama buku ni keluar,.. kalau korang tengok tv3 citer Hani kan ada pasal buku ni... Citer Hani yang student SPM buta sebab sakit barah otak. ishhh *bukan nak citer pasal citer Hani tu. ok kita stop citer Hani tu.

*sambung entry...
Tapi masa mula-mula keluar tu aku tak sempat nak beli dan dah habis kat book store kat Taiping tu... 
Kalau la aku terjumpa buku Bercinta Sampai Ke Syurga ni aku akan beli.
nakkkkk!!!

untuk keluaran akan datang aku tak tahu la apa pulak yang aku akan cari dan beli...
huuuhhhh... 
yes!!!
aku dah suka membaca!!!
suka baca buku motivasi pulak tu. ye la,.. kita kan manusia, hamba Allah yang perlu memperbaiki diri. Ya, saya Nur Husna binti Ismail ingin berubah menjadi hamba Allah yang di kasihi oleh Nya. Banyak perkara yang perlu di perbaiki. InsyaAllah akan semakin banyak perubahan positif akan berlaku. 
Terima kasih Ya Allah kerana telah membuka pintu hati hamba-Mu ini.
:)



COPYRIGHT by HusnaIsmail