Saturday, 29 September 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum.
 Blom tido yea? esok ahad! cuti,.. time untuk 'mengonline'kan diri la... heheee
nak taw ta?
Siang tadi hajar(my bff) ada mesej... dia cakap dia rindu aku & umi shahirah. Sebab selalunya hari macam ni mesti kami bertiga akan ada je benda yang kami buat. Picnic ke, layan movie ke, study sesama ke... 
Tapi skrg ta dah. Masing-masing ada hal dan urusan sendiri. Tadi jugak hajar bg taw yang ummi (usrah) kirim salam. Ya Allah,... ini lagi buat aku rindu. rindu kenapa??
ummi (usrah)... ummi ni banyak mengajar aku pasal islam.bukan ajar aku je sebenarnya tapi ajar kami...
SMT IPOH PERSIARAN BRASH... banyak mematangkan aku. ( 1setengah tahun)
Ummi (usrah) terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk kami di sini. 

Mula-mula buat usrah aku rasa macam tak de apa-apa pon (terpaksa join). Perkara biasa je yang aku dapat masa usrah tu...Tapi bila dah lama,.. semakin banyak perkara yang ummi (usrah) share makin aku rasa tertarik untuk join usrah. Serius, aku tak pernah join usrah.
Tuhan je yang tahu betapa tenang hati aku bila bersama program tu. Walaupun hanya seminggu sekali tapi banyak info yang dapat kami kongsi. Bukan hal akhirat je tapi juga hal dunia.Kami berkongsi cerita, pendapat, dan macam perkara. Pasal akhirat apatah lagi,.. kami di terangkan maksud dan cerita yang terkandung dalam al-Quran. Bagi aku inilah program yang aku tak akan lupa sepanjang hidup aku.  Terima kasih ummi (usrah) di atas segala ilmu yang ummi kongsikan. 

Dah lama aku tak jumpe ummi (usrah). Harap satu masa nanti aku dapat jumpe ummi. 
Mengenali ummi banyak perubahan dalam diri aku. Aku nak jadi muslimah yang hidupnya di Redhai. Ummi (usrah) terima kasih.

Thursday, 27 September 2012

Dengan Izin Allah...

Doa agar terpelihara & terhindar dari segala kemaksiatan dan bertemu "Imam" si pembimbing diri ini.

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba, jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, agar aku dapat menjaga diri.
Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Dan jika dia mencintai aku, biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya, dan jika Kau tahu kami belum bersedia, selamatkan kami, jarakkan kami, pisahkan kami, agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, agar kami tak mengundang murka-MU, agar kami dapat lebih menjaga hati,Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku, andai dia bukan jodohku, maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin.


Monday, 24 September 2012

nak Kurus bOleh

Kurus atau gemuk?
ini adalah antara perkara yang kita akan nampak dan akan di jadikan bahan subjektif untuk menggambarkan seseorang.

Ada yang kurus dan mereka ni mahu gemuk begitu la sebaliknya.
 Percaya tak ada antara kita ni tak nak share berat & tinggi mereka. Sebab?
Entah la. Mungkin itu perkara yang perlu di rahsiakan.
"Una, tinggi ko berapa? berat?"
sebenarnya dah lama tak ukur tinggi dan timbang berat. bahaya!
tapi last aku timbang, berat aku hahaaa... 47 kg !!!
Tapi aku risau sebab mengikut ketinggian aku dan untuk mendapat BMI yang normal aku mesti memastikan berat aku tidak boleh kurang daripada 42kg dan tidak boleh melebihi 52kg.
Tapi aku nak berat aku antara 44-45kg. Apa pun Alhamdulillah sebab BMI masih normal. Tapi masalah untuk aku pipi . Kenapa tembam?
Uhmmm... Heee ^_^ .

lagi... 
Mempunyai ketinggian dan bentuk badan yang menarik sudah tentu menjadi keinginan bukan sahaja kepada si gadis atau wanita tetapi juga lelaki. Benarkah?
Tetapi, sebenarnya pergerakan dan cara kita mengendalikan tubuh badan kita sebenarnya turut memainkan peranan selain daripada makanan yang kita ambil.
Kenapa? 
untuk mempunyai postur badan yang menarik kita bukan sahaja perlu berhati-hati dari kegemukan tetapi kita juga perlu memastikan cara kita berdiri, berjalan dan duduk.
Adakah anda melakukannya dengan betul?
Ada antara kita yang duduk dalam keadaan badan berbentuk c, bahu kedepan.
Ada yang berdiri tetapi kelihatan bongkok.
Kenapa? takut ke? selesa ye?
Tapi kita harus ingat akan kesannya nanti.

Apa pun aku tak la pandai bab-bab kuruskan badan, nak gemuk ke, postur badan yang betul pun tak berapa nak tahu. Sikit-sikit tu ada la. 
apa-apa pun yang paling penting jaga kesihatan taw. Kalau kita sihat kita akan nampak berkeyakinan dan sangat cantik/bergaya.
Wahhh!!!
ok. sekian. 

Begini Caranya

Assalamualaikum. 
tengah buat apa tu? 
sihat tak?

ENTRY: Begini caranya...
kenapa ye?
macam tajuk lagu tapi bukan sebenarnya.
Cuma nak kongsi pasal satu cerita ni.
cite apa?
haaa...
cite ni---->

klik ni...
tak pon bace entry ni,

Apa itu Cinta...???

"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:
"Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu"
"Sebab apa Abang"
"Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam" sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..
"Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah."

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

"Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?"
"Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..
"Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin"
"Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku."

Aku tak mau kahwin sebab itulah..
Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.
Itulah dinamakan CINTA.

p/s: CINTA TAK SEMESTINYA BERAKHIR DI GENGGAMAN TANGAN TOK KADI...


jodoh kita dah di tentukan Allah. Apa yang tertulis tu yang terbaik untuk kita.
ok la... sampai sini la dulu. Nanti kita citer lagi taw. 




Friday, 14 September 2012

AWAK, dari SAYA untuk AWAK

Assalamualaikum 
WAHHH... Best nyer sebab dapat cuti kan... 3 hari pulak tu... apa yea nak buat masa cuti..?
haaa... sebenarnyer bukan nak citer pasal cuti... tapi pasalll... 

AWAK, dari SAYA untuk AWAK???
Ape ke mende nyer tu?? heee^_^

haa!!! before tu nak tanya korang tengok tak cerita  naziha-zehra-di-tv3 . korang tengok tak??? aku mula-mula tak layan sangat, tapi dah lama-lama best jugak citer tu...
hari ni episod last. alaaa... dah lepas pon tadi... 

Cerita tu... bagi aku sedih la jugak. Cerita cinta yang mengajar erti kasih sayang, jujur, berani, tabah... dan banyak la lagi... Tapi yang paling bernilai sekali cerita tu mengajar kita  erti pengorbanan dalam sesebuah percintaan dan kasih sayang. 
Wahhh... hebat jugak ayat waa!!! 

Macam cerita naziha tu la... Adam cinta kan Naziha, sama jugak macam Naziha tu dia pun cinta kan Adam. Tapi akhirnya Naziha tu kahwin dengan Akmal sepupu si Adam. 
Tabah la Adam tu... Begitu juga Naziha.
betul kan yang CINTA TAK SEMESTINYA BERSAMA


kita tak tahu siapa jodoh kita. Tetapi bila jodoh itu telah di tetapkan Allah untuk kita terimalah. Kerana itu adalah terbaik buat kita.
dan paling penting...
hargai insan yang menyayangi  & mencintai kita. Walau pun sekejap dan dengan ucapan terima kasih atau mendoakan kebahagian buat dia. InsyaALLAH
OK...sekian.






Sunday, 9 September 2012

♥ kAwan ♥

Assalamualaikum. 
Hai... selamat berhujung minggu. Masa untuk hilangkan segala kepenatan dan keletihan seminggu... Sambil-sambil dengar lagu ni tiba-tiba teringat kat kawan-kawan aku yang "mereng-mereng"... Mereng!??
HAAHAAA... rindu sangat dekat kawan-kawan aku form 6. Form 6 ni adalah zaman sekolah yang paling best. Tak semua orang dapat rasa suasana form 6 ni. Ye la kan ada yang lepas SPM sambung diploma *tak kisah la kat mana pon sambung dip tu.. ada juga yang ambil sijil kemahiran,.. pergi matrikulasi, asasi... dan tak kurang nye juga yang pilih untuk terus bekerja...

Apa yang best nyer form 6 tu???

Duduk kiri : Rain, Dayat, Din, Carol, En. Amin, En.Nasa, Wan, Syakir, Emy, Kechik
Berdiri kiri: Ella, Sha, Tikah, Wa, Nina, Lala, Umi, Atin, Una, Aja

Bagi aku, bukan sahaja kita belajar mengenai akademik sahaja di form 6 tetapi juga mengajar mengenai kehidupan.


Ya Allah betapa aku rindu kawan-kawan aku masa form 6. Tambah-tambah kawan kelas aku. 6 Atas 1. Banyak kenangan kita kan... Suka duka kita bersama. Kalau kita gaduh pon mesti kejap je... Lepas tu baik balik.. Dah macam satu family. 
Sekarang, kita dah mula haluan masing-masing. Ada yang daripada kita mula sambung degree dan ada juga yang dah mula bekerja. Apa je yang kita pilih semoga berjaya!
Kejar cita-cita. Mudah-mudahan kita semua berjaya capai apa yang kita impikan. Harap hubungang kita kekal selamanya walaupon masing-masing dah punya family sendiri nanti kita masih boleh jumpa dah tetap bersama. 

ok la. sampai sini je la dulu. nanti kita update lagi jika di izinkan :)
sekian.

Tuesday, 4 September 2012

3 tones

Assalamualaikum. 
hai,.. :) apa khabar? sihat tak? kalau tak sihat g makan ubat dulu... 

hari ni ada benda nak kongsi. Pasal 3 tones.
Sekarang ni kan kita selalu nampak tudung bawal shawl... dan ada lagi lain-lain benda yang ada tone colour. 
sebab tu nak kongsi dengan korang ni pasal background blog pon ada tone.

haaa... jom tengok kat sini .
Nanti jangan lupa cakap terima kasih kat nurulatiqahjaidin taw sebab tuto ni si dia yang punya. 
memang tak kan menyesal kalo melawat blog dia. Macam-macam kita dapat.

ok. sampai sini dulu la. Nak tido dah pon. Penat taw hari ni. 
sekian. :)
COPYRIGHT by HusnaIsmail