Monday, 30 July 2012

TERIMALAH DOAKU


ASSALAMUALAIKUM...
JOM bace entry hari ni jom...

Ya Allah, kenapa Engkau masih belum menerima doa hambamu ini? Sudah puas aku meminta dah berharap padamu. Namun, segala yang telah kuluahkan, tak mendapat balasan dari-Mu. Ya Allah kabulkan doaku… Kabulkan doaku….


Ungkapan seperti ini selalu dilafazkan ketika doa kita belum dimakbulkan Allah. Segala daya dan usaha telah pun kita curahkan sepenuhnya. Namun, masih juga dalam dilema pengharapan. Ada yang masih meneruskan usahanya dalam berdoa. Ada juga yang berputus asa.
Banyak perkara yang menyebabkan kenapa doa kita tidak atau belum diterima oleh Allah swt.
Antaranya:---> 
sejauh manakah hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia. 
haaa... jom baca nie.. ada yang korang kena tahu...
baca sampai faham taw... 

-----> nasihat dan pesan dari seorang ulama silam yang terkenal iaitu Ibrahim bin Adham. Beliau juga terkenal dengan kewara’annya (sufi).
Nama penuh beliau ialah Sultan Ibrahim ibn Adham ibn Mansur al-Balkhi al-Ijli. Beliau dilahir di Balkh iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak di barat Khurasan dan wafat pada 777 hijrah. Keluarga beliau berasal dari Kufah (Iraq) dan merupakan keturunan atau silsilah beliau sampai kepada Syaidina Umar ibn Khatab r.a.

Kisahnya--->
 ketika Ibrahim bin Adham dalam perjalanan menuju ke pasar . Berduyun-duyun dari penduduk kampung datang berjumpa beliau untuk meminta nasihat. Salah seorang di antara mereka bertanya, "Wahai tuan guru! Bukankah Allah telah berjanji dalam kitab-Nya (Al-Quran) bahawasanya Dia pasti akan mengabulkan doa hamba-hamba-Nya. Padahal kami tak pernah putus-putus berdoa, siang dan malam, tetapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?" Ibrahim bin Adham terdiam seketika kemudian dengan penuh hikmah beliau berkata, "Wahai saudaraku sekalian. Ada sepuluh perkara yang menyebabkan doa kamu tidak dikabulkan oleh Allah. 
Pertama, kamu mengenal Allah, namun kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.

Kedua, kamu membaca akan Al-Quran, tetapi kamu enggan mengamalkan isinya. 
Ketiga, kamu mengakui bahwa syaitan adalah musuh yang sangat nyata, namun Pada masa yang sama kamu turut mengikuti jejak dan suruhannya.

Keempat, kamu mengaku mencintai Rasulullah saw sebagai nabi dan utusan-Nya, tetapi pada masa yang sama juga kamu turut meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
Kelima, kamu mendambakan dan ingin masuk ke dalam surga, tetapi kamu tidak pernah melakukan amalan-amalan ahli surga. 
Keenam, kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu bangga dan suka dengan perbuatan ahli neraka.
 
Ketujuh, kamu mengaku bahwa kematian pasti tiba, namun kamu tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.

Kelapan, kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan yang ada pada diri kamu sendiri. 
Kesembilan, kamu selalu menjamah rezeki Allah, tetapi kamu lupa untuk mensyukuri nikmat-Nya.
 
Kesepuluh, kamu sering mengiringi jenazah ke kuburan, tetapi tidak pernah menyedari bahwa kamu juga akan mengalami nasib yang serupa sepertinya."

 Setelah mendengar nasihat itu, semua orang yang berada di situ menangis teresak-esak.


Marilah kita renungkan pesan beliau ini. Walaupun ringkas tetapi padat dengan nasihat yang mampu meruntuhkan benteng keegohan kita. Sesunguhnya peringatan ini bermanfaat kepada orang-orang yang beriman. Walahu’alam.
sekian...

Sunday, 29 July 2012

TUHAN JAGAKAN DIA


Jom baca ni---->

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


mesti pernah dengar kan???
haaa...pandai.. ni memang lagu pon...
jom nyanyi same2 nak?
hahaaa...
ok.. 
:)

Friday, 27 July 2012

Tuesday, 24 July 2012

tade tajuk

Assalamualaikum... 
Apa yang aku nak kongsi ni ialah----->
 aku sekarang sedang berusaha dan mencari segala peluang yang ada.
Aku dah mula bangkit untuk buktikan pada diri aku yang 'Engkau Boleh Una'.



Tiada yang mustahil dalam diri ni.
Terima kasih kepada keluarga aku mak, ayah, kakak dan juda adik..
Juga kawan baik+kawan rapat aku Nur Hajar Ramli (chik) terima kasih sebab selalu ada dengan aku masa suka duka aku... sentiasa jadi kawan yang mendengar masalah aku.. yang sentiasa bagi kata-kata semangat kat aku... 
tak lupa juga untuk cousin aku aty thanks sebab ada share sikit info berkaitan masalah aku.
juga kepada senior aku kak ain, kawan-kawan aku Umi Shahirah,Najwa, Shahrul, wan, Azrin, Izzudin, Nabilah,dan semua la... dan juga cikgu kaunseling SMKA Kerian cikgu rusilah dan juga cikgu kaunseling SMTKK cikgu ila...

Syukur sangat kepada Allah sebab hadirkan mereka tu masa hambaMu ini berada dalam satu 'perjalanan sukar'.

Alhamdulillah...
SEKIAN.

Saturday, 21 July 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum


Syukur Alhamdulillah. Ya Allah,terima kasih kerana Engkau memilih aku lagi pada ramadhan tahun ini untuk sama-sama menyambut ramadhan berpuasa menunaikan rukun islam ketiga ini.
Bulan ini, bulan yang penuh barakah segala amalan baik kita di gandakan.
Alhamdulillah... Ayuhlah kita semua bersama-sama memperbaiki diri menjadi lebih baik. Banyak kelebihan serta amalan bulan ini. Nak tahu apa?
Jom baca sama-sama...


1- Turunnya Al- Quran
    Al-Quran yang memberi petunjuk kepada kita umat manusia.


2- Solat Tarawih
    Solat yang dilaksanakan pada malam hari pada bulan ramadhan selepas solat  
    Isya'.


3-Malam Lailatur Qadar
   Malam seribu malam. Malam yang barakah malam yang terbaik dan malam                   
   yang  sangat mulia yang di nanti-nantikan umat Islam.Malam ini malam 
   terakhir sepulah ramadhan.


4-Membayar Zakat Fitrah
   zakat fitrah diwajibkan ke atas seluruh umat islam yang merdeka dan 
   berkemampuan.


5-Di buka Pintu Syurga
   Di buka pintu syurga dan di tutup pintu neraka.
   
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.” (Bukhari & Muslim)

Oleh itu gunakanlah kesempatan ini untuk memperoleh barakah dalam hidup kita. Mudah-mudahan segala kebaikan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan ini akan kekal dan menjadi amalan dalam hidup kita seharian selamanya.
InsyaALLAH.

SEKIAN, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.












   

Monday, 16 July 2012

Hati :(

Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.

Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Sunday, 15 July 2012

HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI

Assalamualaikum. Entry yang agak islamic aku nak kongsi. 


Sesungguhnya kita sebagai manusia kita selalu lupa yang kita ni milik Allah. Tiada yang berkuasa selain DIA.


Aku nak kongsi pasal satu cerita ni...
Allah tu Maha Pengasih, Maha Pemurah...
Sesungguhnya masa kita senang dan susah hendaklah kita sentiasa ingat DIA.
Bersyukurlah kamu dengan segala pemberian dari DIA dan jangan sesekali berputus asa andai kamu belum memperoleh apa yang kamu mahukan kerana DIA telah mengetahui yang terbaik untuk kamu dan mengaturnya dengan sangat sempurna. Haruslah kamu sentiasa berdoa dan dekatkanlah dirimu dengan DIA.


Sesungguhnya segala ujian dan dugaan yang datang tu dapat mematangkan kamu. Allah tu Maha Pengasih Maha Penyayang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kita lalui dengan sabar dan penuh ketakwaan kepada Allah. Kalau rasa diri banyak dosa padaNya buat solat sunat Taubat. Mungkin rasa jalan tu susah amalkanlah solat sunat Dhuha kerana dapat di mudahkan urusan dan di buka pintu rezeki untukmu.


Tiada yang susah mahu pon yang senang dalam dunia ni sebenarnya...
Apa yang penting usaha kita dan jangan lah putus asa.



Thanks baca entry ni... sebagai sedikit renungan dan panduan untuk diriku dan juga anda yang membaca. 
:)

Monday, 9 July 2012

SEBELUM ENGKAU HALAL BAGIKU.




RENUNGAN DARI :Sebelum Engkau Halal Bagiku.
Mencintai itu : Bukan bagaimana kita melupakan… Tapi bagaimana kita memaafkan…. Bukan bagaimana kita mendengar Tapi bagaimana kita mengerti Bukan bagaimana kita melihat.. Tapi bagaimana kita merasakan… Bukan pula bagaimana kita melepaskan… Tapi bagaimana kita bertahan… Sebenarnya Cinta sejati itu adalah… Ketika dia menyakiti kita masih tetap peduli ketika dia tidak peduli kita masih mampu menunggu dan setia Dan ketika dia mencintai orang lain kita masih dapat tersenyum dan berkata… ” Aku Turut Bahagia…..” Kadang tanpa kita sadari orang yang paling kita sayangi adalah orang yang paling menyakiti hati kita … ingat itu…

Mendalam bukan apa yang di katakan di atas tu... Kata-kata tu aku jumpa dekat Page Sebelum Engkau Halal Bagiku.Bila baca je kata-kata tu subhanallah... Hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa... Betapa setianya cinta seseorang yang mempunyai rasa macam tu... 
Adakah aku juga akan miliki???
Memiliki Lelaki Soleh Idaman Wanita
Hanya Allah sahaja yang tahu...


Ya Allah..Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini,terkadang Hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku… Ya Rabb..Biarlah ku simpul dalam setiap do’a-do'a dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,agar kelak Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut bertahta dan bersemi indah karna Redha-MU…. Ya Rabb…Tuntunlah Hati hamba agar hanya mau menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku. Ya Rabb,Bila dia memang baik untuk kami,agama kami,masa depan dunia dan akhirat kami,bisa membimbing dan membawa kami lebih dekat pada-Mu,Maka dekatkanlah diri dengannya & satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah,mawaddah,warrahmah..Tapi kalau bukan dia yang terbaik,Maka jangan biarkan kekaguman kami menjadi suka apalagi cinta,Jadikanlah kekaguman kami seperti orang lain kagum padanya,,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati Maka kami titipkan rasa ini,kami serahkan semuanya pada-Mu,karna semua ini adalah milik-Mu..Aamiin ya Rabbal ala'amin

Sekian.

Monday, 2 July 2012

ALHAMDULILLAH DI PANJANGKAN USIAKU





Assalamualaikum and hai Julai... 


 Syukur Alhamdulillah... 
Kenapa???


2 JULY 1992... 11 am... dengan berat 3.2 kg...
Telah lahir seorang puteri hasil perkahwinan Ismail B. Othman dan Rosnah Bt. Yahya. Di beri nama Nur Husna Binti Ismail yang membawa maksud Cahaya Yang Baik. Aku sangat suka kan nama tu... Terima kasih mak dan ayah sebab pilih nama ni. 


Syukur Alhamdulillah...
Tarikh ini telah membawa seribu satu makna yang besar pada aku.
Tarikh ini telah pon membawa aku mengenali dunia ini. 
Subhanallah... Sungguh indah ciptaan Allah. 
tetapi sebaik sahaja aku keluar melihat dunia aku menangis...
KENAPA???
Ya Allah... sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui...
Adakah aku takut aku tidak dapat menjadi khalifahMu yang baik, yang taat padaMu...


Cepatkan masa berlalu... 
~1992 kini 2012~ 20 tahun sudah...
syukur sangat.
Semakin banyak benda aku pelajari dan semakin aku rasa kekurangan dalam diri ni...
Segala suka duga hidup pon telah aku hadapi... Tapi semua tu aku jadikan sebagai satu pengalaman. Yang baik akan aku jadikan contoh serta panduan masa hadapan dan yang buruk akan aku jadikan sempadan.


Wahhh... tak sangka aku hebat jugak aku "bersastera"... hahaa..


Hari ni pon aku telah berpuasa... Untuk kali kedua nya aku berpuasa pada hari ulang tahun kelahiran aku. Kali pertama dulu 2007... masa tu aku 15 tahun. Kira 5 tahun lepas la...


masa oh masa...
20 tahun aku sekarang !!!
Apa pon aku tetap aku...


ha... lupa pulak... thanks kat semua yang wish birthday aku... sayang korang.
Banyak doa yang aku dapat... Hanya Allah saja yang dapat membalas doa korang semua...
okey.. sampai sini dulu... 
Wasalam... bye.









Sunday, 1 July 2012

Tomok Telah Pergi...

ASSALAMUALAIKUM...


Dengan sedih aku nak bagi taw yang Tomok new boyz tu telah pon pergi meninggalkan dapur Masterchef Celebrity Malaysia... 


Aduiii... tapi apa pon tahniah la buat tomok sebab walau pon dah 6 kali ke pusingan penyingkiran tapi tetap berada dalm dapur masterchef tu... Tapi apakah daya rezeki tak berpihak kepada beliau untuk penyingkiran kali ke tujuh ni...
Tomok telah pon ter singkir...


Jom kita tengok Tomok masak...




Tomok masuk Masterchef selebriti...





bapa baru sedang sibuk memasak



Basuh bersih-bersih taw Tomok













      
 
Betul ke Tomok buat ni???


Karipap buat Dato' Siti Nurhaliza.

Comel kan tomok kat dapur.. Tomok masak... Untungla wife Tomok...
Apa pun tahniah buat Tomok...






















COPYRIGHT by HusnaIsmail