Saturday, 25 March 2017

Majlis Doa Selamat Keluarga

Assalamualaikum


Bila cuti sekolah tiba masa tu laa macam-macam jemputan kita dapat. Kenduri kawin, doa selamat, tahlil, kenduri akikah, dan macam-macam lagi laaa... turut tak lepas peluang family sis yang tercinta turut mengundang saudara terdekat serta jiran-jiran untuk hadir ke majlis doa selamat kami. 

18 Mac 2017 (hari sabtu) bersamaan 19 Jamadil Akhir 1438. Jam 2.15 petang undangan bermula dengan bacaan doa dan kemudian tetamu menjamah hidangan yang tersedia. 

Antara menu : nasi putih , nasi minyak, kurma kambing, kari daging, ayam goreng berempah, air asam, sambal belacan, ulam-ulaman, buah tembikai, sirap pandan, air mineral, kuih lapis 3 warna, popia pedas dan ais krim calit. 

Meh sis share sikit cerita hari tu...

Doorgift untuk tetamu. 
Doorgift ni pon order online semua dah tersedia. Tinggal nak serahkan pada tetamu yang hadir. 


Bacaan doa

Selamat menjamu selera

Adikku yang senget selalu masuk air. 



Pak cik ais krim



Semua menu ni order. katering je. 


Majlis tamat jam 6.00 petang. Syukur Alhamdulillah. Semua berjalan lancar.


πŸ‘€ Thank you for reading πŸ‘€

Sunday, 5 March 2017

Dilema Pilih Program, Adik Nak Masuk U πŸ™‡

😊 Assalamualaikum 😊

Entry ni sangat sesuai untuk adik-adik lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrik dan yang seangkatan dengannya... Semua yang mengimpikan untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi akan alami dilema nak pilih universiti dan program pengajian. Kena pulak yang dipilih tu memang minat si anak or minat ibu ayah yang nak anak tu sambung. Apa pun meh kita tengok sikit tips yang hakak nak share ni...


πŸ“Œ 
Paling penting program yang adik pilih tu layak dengan keputusan exam. (Lepas syarat laa)
Ingat, bukan cari kos or univertisi yang popular semata-mata. (Tengok kesesuaian diri adik dekat       mana)
Perlu minat dalam diri untuk belajar. (Bukan sebab ikut bf/gf pulak ) 😏😏😏
Minta pandangan guru, ibu ayah, abang akak... 
Lihat juga peluang (keperluan dan kehendak) negara masa kini. 

Kalau nak banyak tips lagi tanya ok... πŸ˜‰

Untuk adik-adik yang tak dapat masuk U untuk 1st intake or takde rezeki nak sambung belajar jangan putus asa. Usaha dan cari yang lain sebab peluang hari ni banyak. 

Belajar tinggi ke menara gading belum menjanjikan hidup kita lebih mewah tetapi ianya sebagai satu jalan untuk kita memperoleh ilmu dan membina kekayaan. 

❤ All the best adik-adik.

Panduan permohonan UPU klik >MOHON UPU<

πŸ‘€Thank you for readingπŸ‘€

Saturday, 19 November 2016

πŸ‘€ Polaroid πŸ‘±

Assalamualaikum reader[s]. 

Rasa lama sangat tak update apa-apa dekat blog ni. Sepanjang 2016 ni la entry pertama yang sis nak kongsi.

Sebelum ni sibuk nak pilih tempat nak praktikal, sibuk nak siapkan tesis. Tak grad sis kalau tak buat semua tuu... dan dipendekkan cerita sis memang tak on blog langsung-langsung. 

Seperti students and remaja yang lain, sis dengan kawan-kawan sis ada rancang nak 'berbackpacker' gitu... jom sis story...

Ahli 7 orang. girls ya semuanyaaa... siapa eahh?
Lokasi : Penang.. kat nama penang tu.. ?
Masa waktu dan ketika : 3 hari 2 malam (10, 11, 12 November 2016)

Sapa kata kalau perempuan tak pandai nak berdikari. Kami boleh uooollll... 

ni sis share gambaq2nya. Bak kata cikgu sejarah sis masa form 6 dulu - ....
"biar gambar yang berbicara"


First day 
dari jety b'worth nak ke georgetown kami naik feri.


Nampak letih kat situ. Ok destinasi seterusnya...?

Ni tempat kami tidoq. #paperpepper


Second day





















 third day (last day)











Untuk 3 hari 2 malam. Rasa tak cukup hari tu... nak lagi macam ni. Kalau korang buat aktiviti dengan member yang masuk satu kepala satu angin dengan korang, pasti akan rasa best. 

ok. next mission ???

Wait and see. 

See you again for the next entry. 
Thank you .πŸ‘€

Saturday, 12 December 2015

Terima Kasih 'ENCIK'

Assalamualaikum wbt



haluu reader(s). ok ENTRY ni aku nak share sikit pasal sorang lecture yang gilerr best and menggila-gila. First dia masuk kelas macam takut je wehh.. ye la asyik dok petik nama mintak jawab soalan dia. Member sebelah aku punya ayat sampai macam ni ..
"naa,..kau pegang tangan aku sejuk wehhh..."
lebih kurang maca tu lahh ayat dia.. sebab dye kena jawab soalan encik tu. 
Encik ni punya stail bagi nama ikut suke dia je.. macam 
af, wash, tok adi, astro awani, ... yang dia ingat tu dia panggil betul lahh.
Lupa perkenalkan encik tu...
..Nama encik tu Huzairi tapi tah macam mana kami sekelas ley lekat panggil dye encik ubai. #ubai
Rasa ni semua gara-gara botak@fittreyhazwann .


Bila dah banyak minggu si encik ni ngajar... rupanya 

...Tapi rupa nyer dah lama2 rasa sonok belajar dengan dia. Walau assigment tak nampak hala tuju dye asyik dok bagi bagi dan bagi... 

Ni aku share sikit gambar kiteorang dengan dia. 







semoga jumpa lagi ye encik. 

Sem 7 dah kami sem depan. Harapnya berjaya semua siapkan tesis dan dipermudahkan urusan untuk ke Latihan Industri. 

AMEEN.

πŸ‘€Sekian. See you next entry.πŸ‘€

Friday, 18 September 2015

WAHAI Muslimah Bertudung Labuh

Assalamualaikum w.b.t.


Sebelum tu aku dengan rasa rendah diri seikhlas hati ingin memohon maaf andai ada yang terasa tentang apa yang dikogsikan. 


Muslimah.. labuhnya tudungmu menutupi dari atas kepala hingga tertutupnya anggota dada dan tengah badanmu. Alhamdulillah.
 Indahnya rupamu terlihat sejuknya pandangan seorang bergelar muslim.Subhanallah.
Tapi awas... ada pula antara kamu yang berupa-rupa begitu bukan untuk menutupi dirimu, kerana apa?? hanya dirimu yang tahu. 


Aku juga seorang perempuan. Aku juga mempunyai ahli keluarga bertudung labuh. wahai muslimah bertudung labuh, sejujurnya aku sangat kagum dengan kalian. 

Tapi, sebaliknya sedih bila mendengar perkongsian dan kata-kata dari public bila adanya muslimah bertudung labuh tidak menunjukkan peribadi mulia seperti penampilanmu. Apa yang kau lakukan?
kau meninggikan suara untuk berkata-kata yang tidak membawa faedah, kau masih menunding jari kepada orang, kau menilai orang lain lebih rendah dari kau kerana tidak berpenampilan seperti kau,  kau mempamerkan imej diri sekasar-kasar lelaki walau telah penampilanmu sebaik-baik muslimah sejati. Kerana terdapatnya golongan-golongan kau, maka ramai yang lain yang tidak berperangai seperti kau juga menerima tempias dari itu.

Bila mana aku terdengar kata-kata sebegini aku sendiri menjadi tidak selesa walaupun aku masih lagi belum bertudung labuh. kerana apa aku marah dengan kata-kata begini? jawapannya, aku juga seorang perempuan yang mempunyai detik dalam hati kecil ku untuk menutupi diriku begitu. jawapannya kerana aku juga mempunyai ahli keluarga bertudung labuh. 

Wahai kau yang bertudung labuh, jagalah akhlak mu supaya orang tidak memandang negatif kepada orang lain yang bertudung labuh yang niatnya kerana Allah yang sentiasa menjaga budi pekerti dan akhlak mereka.

Hope this entry can give you meaning about pentingnya menjaga adab bagi yang bertudung labuh kerana kamu membawa satu identiti dan imej yang mulia. Jadi jagalah ia. Lakukanlah kerana Allah. Jagalah tutur katamu, bahasamu,. Semoga kamu dapat menjadi penarik untuk orang lain turut berpakaian mulia seperti kamu.


Ajarlah kami sesuatu yang baik dari kamu yang baik-baik, semoga ia dapat memberi faedah dan perkara yang baik-baik untuk semua menjadi baik. 

Andai ada tersalah dan kepada yang terasa aku sekali lagi memohon maaf. 
Sekadar perkongsian yang wajar untuk dikongsi dan semoga ia dapat dimurnikan dari teguran dan komen kalian. 
COPYRIGHT by HusnaIsmail